Sunday, 21 May 2017

PENGENALAN DAN PETA NEGERI KEDAH


Image result for peta negeri kedah
Peta Negeri Kedah

Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan Negeri Kedah adalah dianggarkan melebihi 9,000 km2 yang meliputi tanah besar dan Langkawi. Sebahagian bentuk muka bumi di tanah besar Negeri Kedah adalah tanah rata yang amat sesuai untuk sawah padi.

Manakala Pulau Langkawi pula adalah lebih berfungsi sebagai pulau pelancongan dan sebahagian besar kawasan pedalamannya (termasuk pulau-pulau sekelilingnya), adalah tidak berpenghuni.



sumber:
https://www.google.com

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGNAN

Nama Syarikat
- Kedah Aman Sdn Bhd

Alamat Syarikat
- Kompleks Alor Setar Lot S 10,Tingkat 2,Jalan Ibrahim,Alor Setar Kedah.

No Telefon
- 04-8560978

E-mail
- kedahaman@gmail.com

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH

Menara Alor Setar


Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh. Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di kunjungi.




LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH



Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya. ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai destinasi Agro-Pelancongan. Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.

- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE


KOLAM AIR PANAS, ULU LENGGONG BALING


Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari Ulu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.
Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit kulit dan juga bagus untuk kesihatan. Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.
Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).


MUZIUM PADI KEDAH


Terletak kira-kira 10 Kilometer daripada bandar Alor Setar dan ianya siap dibina pada tahun 2014, ianya menawarkan pameran berinformasi tentang tanaman padi yang asal sejak dari zaman dahulu. selain daripada pameran di atas muzium padi kedah ini terletaknya satu aras yang berpusing 360 darjah, yang menunjukkan sekitar sawah padi.



MUZIUM ARKELOGI LEMBAH BUJANG


Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya".

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan tempat percutian menarik di Kedah ni, ia bergantung kepada minat anda, nak susana pantai, suasana laut atau hanya nak makan-makan sahaja. Di lain entri kita akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang lain. Ada masa kita Travelje ya...





sumber:
http://www.travelje.com

MAKANAN MAKANAN MENARIK DI KEDAH

Oleh kerana selalu ke negeri Kedah, saya telah mengenalpasti beberapa makanan yang menjadi pilihan saya dan boleh dikategorikan Awesome untuk dicuba. Pastinya di Kedah tidak ketinggalan dengan sajian tempatan mereka yang wajib anda cuba. Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh dapati cuba ianya bergantung pada meter tekak anda ajer. Dari Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani sampai la Kulim dan Baling. Pastinya tidak kecewa.
Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan.


Nasi Lemak Royal di Alor Setar



Restoran Nasi Royal ini dah lama orang kenal, saya maklumkan sekali lagi pasal ianya adalah Awesome bagi kamu yang masih belum merasai kenikmatan kuah kari... Perghhhh dicampurkan pulak teh ais buih lebih yang mampu membuatkan pagi anda lepak didalam jamban. 
Landmark kedai ini adalah berhadapan dengan Pekan Rabu, tapi skang Pekan Rabu dah kena roboh untuk dibina semula. So sila rajinkan diri untuk google Maps dengan carian nasi lemakroyalesmr mahupunWaze.

Alamat : 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia



Cendol Pulut Haji Johari, Changlun



 Restoran ini terkenal disebabkan dengan hidangan Cendol Pulut. Dahulu kedai ini dikenali sebagai Cendol Pulut Jo dan ditukarkan nama disebabkan ada pihak yang cilok nama kendai meraka dan mengambil jenama mereka. Selain daripada itu mereka juga ada lauk pauk untuk makan tengahhari. Pada hari tersebut saya hanya singgah makan tengahhari dengan berlaukan ikan bakar dan semangkuk cendol pulut.
Landmark restoran ini adalah anda perlu memasuki highway PLUS menuju ke Bukit Kayu Hitam. Pada KM 17.3 selepas persimpangan RTC anda dah boleh nampak restoran ini pada sebelah kanan anda. Ianya terletak bersebelahan dengan Shell Station.

Alamat : Lebuhraya Utara Selatan - Kilometer 17.3 (Arah Utara) Jitra Kedah


D'Mula Cafe, Alor Setar



Untuk anda yang sukakan western food, saya sangat mengesyorkan di restoran ini. Macam-macam hidangan western food, ala thai dan local food. Antara menu popular disini adalah Chicken Chop, Burger dan Shisha.... ahaaaa anda boleh layan shisha sambil tengok bola. Jangan lupa untuk order Milo Tabur yerrr... Awesome. Harganya masih lagi murah dan still maintain.
Landmark restoran ini adlaah berada dipersimpangan Balai Seni Negeri, d iantara Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid. Anda boleh google CIMB Persiaran Sultan Abdul Hamid. Tapi pada larut malam agak bising sikit pasal ramai mat motor dok test market dekat persimpangan ni. Tidak sesuai untuk anak kecil.

Alamat : Dataran Bermulanya Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar



sumber : http://www.nazrulakram.com



AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK BOLEH DI LAKUKAN DI KEDAH

Misi Mengejar Matahari Terbit di Puncak Gunung Baling 
 Dan Gunung Pulai


Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pekan Baling, pastinya pernah 
melihat dua Gunung yang berdiri Megah di kawasan Baling 
iaitu Gunung Pulai dan Gunung Baling, pada ketika ini tengah menjadi 
tumpuan para pendaki seluruh malaysia terutama selepas 'viral' 
di media sosial untuk  berkunjung ke sini disebabkan kecantikan pemandangan gunung batuan kapur daripada puncak gunung. Bagi korang yang gemarkan keindahan
alam semulajadi dan aktiviti outdoor Gunung Pulai & Gunung Baling antara Port yang wajib korang jejaki.


















Menaiki parasailing di chenang
Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti parasailing di pantai cenang iaitu di pulau Langkawi. Aktiviti Menarik di Pantai Cenang, Langkawi Anda yang gemarkan aktiviti riadah pantai yang best, saya syorkan anda pergi ke pantai Cenang, Langkawi. Antara aktiviti aktiviti menarik yang anda boleh Cuba di Pantai Cenang, Langkawi adalah seperti Parasailing, Jetski, Dan banana boat.


Parasailing adalah salah satu aktiviti yang saya suka di sini. Sebabnya kita dapat menikmati keindahan panorama Langkawi Dari atas. Bayaran untuk aktiviti parasailing ini adalah RM60 seorang. Terpulang kepada anda samaada nak terbang seorang Diri atau bersama guide. Bagi yang nak naik berpasangan pun boleh jugak Dan akan diajar bagaiman untuk menurunkan parasailing tu nanti.








 Menaiki banana boat
Anda juga boleh melakukan aktiviti menaiki banana boat di Pantai chenang Aktiviti yang paling enjoy saya rasa pula adalah bermain banana boat. Kami seramai 7 orang main dengan bayaran RM15 seorang. Mula-mula kami dibawa bersiar-siar dahulu di sekitar pantai dan akhir sekali kami dijatuhkan. Part jatuh tu yang tak tahan, sebab jatuh tu agak sakit juga sebab masing-masing tersepak sesama sendiri. Haha. Tapi serius enjoy sangat. Jadinya, kalau nak main aktiviti pantai ni kena cari Geng sama kepala, baru aktiviti dapat Jalan Dan best. Oklah, nanti saya update lagi apa lagi perkara atau aktiviti menarik di Langkawi ni. Stay tune.


















Sumber : http://luarteko.blogspot.my/2016/03/aktiviti-menarik-di-pantai-cenang.html?m=1



TEMPAT PENGINAPAN

Chalet Terapung Segantang Garam Merbok 
Jika ingin bercuti sambil mencari ketenangan tanpa gangguan serta ‘lari’ daripada kesibukan bandar, pastinya anda memerlukan tempat yang damai untuk melepaskan tekanan setelah penat bekerja. Mungkin ramai yang masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk berbuat demikian.

Namun begitu, bagi mereka yang berada di wilayah utara, chalet terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok tentu menjadi pilihan.

Terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok, dekat sini, chalet berkenaan merupakan sebuah tempat percutian atau perkhemahan yang ‘terlepas daripada segala gangguan’ dan kedamaian alam yang masih terpelihara yang membuatkan sesiapa sahaja teruja.










sumber : www.google.com/amp/cari-homestay.com

PENGENALAN DAN PETA NEGERI KEDAH

Peta Negeri Kedah Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan Negeri Kedah adalah dianggarkan melebihi 9,000 km2 yan...