Misi Mengejar Matahari Terbit di Puncak Gunung Baling
Dan Gunung Pulai
Dan Gunung Pulai
Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pekan Baling, pastinya pernah
melihat dua Gunung yang berdiri Megah di kawasan Baling
iaitu Gunung Pulai dan Gunung Baling, pada ketika ini tengah menjadi
tumpuan para pendaki seluruh malaysia terutama selepas 'viral'
di media sosial untuk berkunjung ke sini disebabkan kecantikan pemandangan gunung batuan kapur daripada puncak gunung. Bagi korang yang gemarkan keindahan
alam semulajadi dan aktiviti outdoor Gunung Pulai & Gunung Baling antara Port yang wajib korang jejaki.
Menaiki parasailing di chenang
Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti parasailing di pantai cenang iaitu di pulau Langkawi. Aktiviti Menarik di Pantai Cenang, Langkawi Anda yang gemarkan aktiviti riadah pantai yang best, saya syorkan anda pergi ke pantai Cenang, Langkawi. Antara aktiviti aktiviti menarik yang anda boleh Cuba di Pantai Cenang, Langkawi adalah seperti Parasailing, Jetski, Dan banana boat.
Parasailing adalah salah satu aktiviti yang saya suka di sini. Sebabnya kita dapat menikmati keindahan panorama Langkawi Dari atas. Bayaran untuk aktiviti parasailing ini adalah RM60 seorang. Terpulang kepada anda samaada nak terbang seorang Diri atau bersama guide. Bagi yang nak naik berpasangan pun boleh jugak Dan akan diajar bagaiman untuk menurunkan parasailing tu nanti.
Menaiki banana boat
Anda juga boleh melakukan aktiviti menaiki banana boat di Pantai chenang Aktiviti yang paling enjoy saya rasa pula adalah bermain banana boat. Kami seramai 7 orang main dengan bayaran RM15 seorang. Mula-mula kami dibawa bersiar-siar dahulu di sekitar pantai dan akhir sekali kami dijatuhkan. Part jatuh tu yang tak tahan, sebab jatuh tu agak sakit juga sebab masing-masing tersepak sesama sendiri. Haha. Tapi serius enjoy sangat. Jadinya, kalau nak main aktiviti pantai ni kena cari Geng sama kepala, baru aktiviti dapat Jalan Dan best. Oklah, nanti saya update lagi apa lagi perkara atau aktiviti menarik di Langkawi ni. Stay tune.
Sumber : http://luarteko.blogspot.my/2016/03/aktiviti-menarik-di-pantai-cenang.html?m=1
No comments:
Post a Comment