Sunday, 21 May 2017

MAKANAN MAKANAN MENARIK DI KEDAH

Oleh kerana selalu ke negeri Kedah, saya telah mengenalpasti beberapa makanan yang menjadi pilihan saya dan boleh dikategorikan Awesome untuk dicuba. Pastinya di Kedah tidak ketinggalan dengan sajian tempatan mereka yang wajib anda cuba. Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh dapati cuba ianya bergantung pada meter tekak anda ajer. Dari Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani sampai la Kulim dan Baling. Pastinya tidak kecewa.
Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan.


Nasi Lemak Royal di Alor Setar



Restoran Nasi Royal ini dah lama orang kenal, saya maklumkan sekali lagi pasal ianya adalah Awesome bagi kamu yang masih belum merasai kenikmatan kuah kari... Perghhhh dicampurkan pulak teh ais buih lebih yang mampu membuatkan pagi anda lepak didalam jamban. 
Landmark kedai ini adalah berhadapan dengan Pekan Rabu, tapi skang Pekan Rabu dah kena roboh untuk dibina semula. So sila rajinkan diri untuk google Maps dengan carian nasi lemakroyalesmr mahupunWaze.

Alamat : 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia



Cendol Pulut Haji Johari, Changlun



 Restoran ini terkenal disebabkan dengan hidangan Cendol Pulut. Dahulu kedai ini dikenali sebagai Cendol Pulut Jo dan ditukarkan nama disebabkan ada pihak yang cilok nama kendai meraka dan mengambil jenama mereka. Selain daripada itu mereka juga ada lauk pauk untuk makan tengahhari. Pada hari tersebut saya hanya singgah makan tengahhari dengan berlaukan ikan bakar dan semangkuk cendol pulut.
Landmark restoran ini adalah anda perlu memasuki highway PLUS menuju ke Bukit Kayu Hitam. Pada KM 17.3 selepas persimpangan RTC anda dah boleh nampak restoran ini pada sebelah kanan anda. Ianya terletak bersebelahan dengan Shell Station.

Alamat : Lebuhraya Utara Selatan - Kilometer 17.3 (Arah Utara) Jitra Kedah


D'Mula Cafe, Alor Setar



Untuk anda yang sukakan western food, saya sangat mengesyorkan di restoran ini. Macam-macam hidangan western food, ala thai dan local food. Antara menu popular disini adalah Chicken Chop, Burger dan Shisha.... ahaaaa anda boleh layan shisha sambil tengok bola. Jangan lupa untuk order Milo Tabur yerrr... Awesome. Harganya masih lagi murah dan still maintain.
Landmark restoran ini adlaah berada dipersimpangan Balai Seni Negeri, d iantara Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid. Anda boleh google CIMB Persiaran Sultan Abdul Hamid. Tapi pada larut malam agak bising sikit pasal ramai mat motor dok test market dekat persimpangan ni. Tidak sesuai untuk anak kecil.

Alamat : Dataran Bermulanya Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar



sumber : http://www.nazrulakram.com



No comments:

Post a Comment

PENGENALAN DAN PETA NEGERI KEDAH

Peta Negeri Kedah Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan Negeri Kedah adalah dianggarkan melebihi 9,000 km2 yan...