Sunday, 21 May 2017

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH

Menara Alor Setar


Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh. Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di kunjungi.




LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH



Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya. ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai destinasi Agro-Pelancongan. Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.

- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE


KOLAM AIR PANAS, ULU LENGGONG BALING


Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari Ulu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.
Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit kulit dan juga bagus untuk kesihatan. Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.
Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).


MUZIUM PADI KEDAH


Terletak kira-kira 10 Kilometer daripada bandar Alor Setar dan ianya siap dibina pada tahun 2014, ianya menawarkan pameran berinformasi tentang tanaman padi yang asal sejak dari zaman dahulu. selain daripada pameran di atas muzium padi kedah ini terletaknya satu aras yang berpusing 360 darjah, yang menunjukkan sekitar sawah padi.



MUZIUM ARKELOGI LEMBAH BUJANG


Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya".

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan tempat percutian menarik di Kedah ni, ia bergantung kepada minat anda, nak susana pantai, suasana laut atau hanya nak makan-makan sahaja. Di lain entri kita akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang lain. Ada masa kita Travelje ya...





sumber:
http://www.travelje.com

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN DAN PETA NEGERI KEDAH

Peta Negeri Kedah Negeri Kedah terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Keluasan Negeri Kedah adalah dianggarkan melebihi 9,000 km2 yan...